Ikhlas Medina | Kool FM
Home > Dramatik Kool > Ikhlas Medina

Ikhlas Medina

/ / /
Comments are Off

Sinopsis

Ikhlas dikejutkan dengan hasrat Ummi yang ingin menjodohkan Ikhlas dengan anak kawannya. Ikhlas menolak mentah-mentah hasrat ibunya itu kerana Ikhlas seorang lelaki playboy yang takutkan komitmen. Ummi berusaha memujuk dan meyakinkan Ikhlas tetapi tak berjaya. Ikhlas belum bersedia untuk mengubah cara hidupnya dan untuk membuka hati terhadap ikatan perkahwinan. Ummi terima keputusan Ikhlas walaupun hati Ummi terkilan. Ikhlas ceritakan hasrat Ummi ingin menjodohkannya pada sahabat baik Ikhlas iaitu Mike. Mike ialah sahabat seperjuangan Ikhlas dan Mike tidak percaya pada institusi perkahwinan. Apa yang mengejutkan Ikhlas-Mike sedikit pun tidak mentertawakan dirinya malah Mike berkata “Mungkin dah sampai masa kau settle down bro”. Ikhlas sedikit pun tak terpengaruh dengan pendapat Mike. Ikhlas tetap dengan pendiriannya dan bagi Ikhlas soal perkahwinan mungkin perkara terakhir dalam hidupnya. Suzy, kekasih Ikhlas tiba-tiba bercakap soal masa depan. Ikhlas ingat Suzy ingin Ikhlas melamarnya tetapi Suzy ingin berpisah kerana dia tahu Ikhlas tidak bersedia untuk menjadikannya isteri. Kebelakangan ini Ikhlas sering bermimpi seorang perempuan yang dia tak pernah jumpa sebelum ini. Dalam mimpi Ikhlas; perempuan itu bertudung, matanya redup dan berkaca, bibirnya terkunci tanpa kata-kata. Apa yang paling mengganggu Ikhlas adalah sepasang mata milik perempuan itu, padangannya yang tajam menusuk hati Ikhlas, matanya yang berkaca buat Ikhlas rasa sayu dan berdosa. Ikhlas buntu. Di pejabat, Ikhlas melakukan tugas hariannya seperti biasa, tetapi fikiran Ikhlas sering terganggu dengan mimpi tentang wanita misteri itu. Ikhlas bertanya setiausahanya Zulaika tentang mimpi. Zulaika kongsi apa yang dia tahu dengan Ikhlas. Ikhlas cuba sedapkan hatinya sendiri dan cuba anggap mimpinya itu hanya mainan tidur semata-mata. Satu hari Ikhlas parking kereta di perkarangan masjid, ketika ingin alihkan kereta, Ikhlas nampak ada sebuah kereta yang menghalang keretanya. Kereta tersebut tidak berpemandu. Ikhlas menunggu seketika. Bagai nak gugur jantung Ikhlas bila perempuan seperti di dalam mimpinya datang menghampiri Ikhlas dan minta maaf sebab keretanya block kereta Ikhlas. Namun Ikhlas tidak sempat bertanya apa-apa pada wanita tersebut. Ikhlas terperanjat apabila dapat tahu perempuan yang muncul dalam mimpinya adalah wanita yang sama yang Ummi pernah nak jodohkan dengannya. Ikhlas menggelabah minta Ummi masuk meminang Zara Medina untuknya. Zara Medina menolak lamaran itu. Ikhlas benar-benar hampa. Baru dirasakan macam mana perasaan insan-insan yang pernah dia kecewakan sebelum ini. Tapi dalam hati Ikhlas dia tetap ingin memiliki Izara Medina. Mungkin dia gila kerana mencintai wanita itu, wanita yang tidak dikenali. Misi Ikhlas untuk menawan hati Zara Medina bermula… Ikhlas macam anak remaja yang baru pertama kali jatuh cinta. Macam-macam cara yang dilakukan oleh Ikhlas untuk menawan hati Zara Medinatapi gagal. Zara Medina cakap dia menolak Ikhlas bukan sebab lelaki lain tapi dia ada sebab tersendiri dan dia tak mahu Ikhlas menyesal. Ikhlas betul-betul tak faham apa yang dimaksudkan oleh Zara Medina. Suatu hari Ikhlas nekad pergi ke rumah Zara Medina bersama Ummi. Segalanya terjawab apabila Zara Medina bagitahu kenapa dia menolak lamaran Ikhlas, kerana sebelum Ikhlas menghantar rombongan meminang, Zara Medina baru dapat tahu bahawa dia disahkan menghidap ‘Mullerian Agenesis’ (sindrom di mana pesakit dilahirkan mempunyai sistem reproduktif yang tak normal iaitu tiada rahim dan tidak dapat hamil). Ikhlas meluahkan perasaan cintanya dan Ikhlas terima Zara Medina apa adanya. Zara Medina terharu dengan kesungguhan Ikhlas dan menerima lamaran Ikhlas. Ummi hampir menitiskan airmata melihat anaknya Ikhlas kini benar-benar dah dewasa dan jadi lelaki sejati. Tak sia-sia Ummi namakan