Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Ifa Raziah Mohon Diberi Masa

Penyanyi, pelakon dan pengacara Ifa Raziah meminta netizen supaya tidak berharap dirinya segera berubah selepas menunaikan ibadat umrah baru-baru ini.

Published

on


Penyanyi, pelakon dan pengacara Ifa Raziah meminta netizen supaya tidak berharap dirinya segera berubah selepas menunaikan ibadat umrah baru-baru ini.

“Saya belum lagi bertudung penuh. Saya harap netizen tidak cepat menghukum sebab penghijrahan ini satu perkara yang besar,” katanya.

Ifa sedar bertudung adalah tuntutan agama. Oleh itu, dia memohon sedikit masa sebelum berhijrah selain berharap orang ramai mendoakanya yang terbaik.

“Hidayah ini milik Allah dan doakan yang baik supaya urusan ke arah itu dipermudahkan,” katanya.
“Berhijrah memang mudah, tetapi untuk sentiasa istiqamah itu agak sukar. Jadi saya mohon diberikan masa untuk berubah secara perlahan,” ujarnya lagi.


Dalam pada itu, Ifa juga berharap netizen tidak sewenang-wenangnya melabel orang yang tidak berhijab sebagai orang jahat.

“Janganlah pandang orang belum bertudung ini sebagai individu yang jahat. Perlu diingat netizen yang kuat mengata ini belum tentu Allah pandang,” katanya.


Didoakan semoga Ifa terbuka hati untuk berhijab sepenuhnya suatu hari nanti.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement