Home > #CeriteraKool > Ibu ini sanggup lacurkan anaknya yang berusia 10 tahun

Ibu ini sanggup lacurkan anaknya yang berusia 10 tahun

Seorang ibu tunggal dijatuhi hukuman penjara 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen di Johor Bahru,   selepas mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan menganiayai dan melacurkan dua anak kandungnya awal bulan lalu.Wanita berusia 39 tahun yang tidak bekerja itu mengaku bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah hotel di Jalan Susur Dewata 1, Larkin Perdana dalam lima kejadian antara jam 9.25 pagi hingga 12.21 tengah hari pada 1 Oktober lalu dan 4 hingga 7 Oktober.

Tertuduh sebagai ibu kandung kanak-kanak berusia 10 dan 13 tahun itu didakwa menganiayai dari segi seks kanak-kanak berkenaan dengan melacurkan mereka.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didapati melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama dengan Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

 

 

Sumber: Bharian

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply