Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Ibu Bapa Tidak Perlu Khuatir Lagi, Ini Cara Renggangkan Anak Dengan ‘Bantal Busuk’

Selamat tinggal bantal busuk…

Published

on

Tabiat kanak-kanak tidak mahu renggang dengan bantal busuk dipanggil “clinging behavior” atau tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu benda dan tidak mahu berenggang dengannya.

Ia tidak terhad kepada bantal atau anak patung sahaja. Sesetengah kanak-kanak menjadikan kain selimut tertentu, sapu tangan dan seumpamanya sebagai objek selesa mereka.

baby sitting beside white sheep plush toy

Tingkah laku pautan (clinging behaviour) adalah sikap biasa yang sering terjadi kepada bayi dan kanak-kanak di peringkat awal. Biasanya tabiat ini bermula di rumah dan berlaku kepada kanak-kanak yang kurang stimulasi dan mahukan sesuatu atau peneman untuk menenangkan diri mereka. Kanak-kanak yang begini akan memegang bantal, kain atau anak patung sebelum tidur kerana rasa ingin ada seseorang bersama mereka.

pink rabbit plush toy

Perlakuan menggentel bantal atau kain ini seakan memberi kanak-kanak ketenangan dan keselesaan sehingga menjadikan mereka asyik. Dek keasyikan menggentel bantal, membuatkan mata mereka mudah terlelap dan perkara ini berulang-ulang sehinggalah ia menjadi satu tabiat yang sukar dikikis.

Dalam hal begini, ibu bapa tidak perlu terlalu risau dengan tabiat mengendong bantal atau anak patung ini kerana ia bersifat sementara. Ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mengelakkan tabiat ini daripada berterusan dengan cuba memisahkan anak dengan rakan karib mereka ini secara perlahan-lahan. Masa yang terbaik untuk memisahkan kanak-kanak ini adalah ketika umur mereka mencecah 3 tahun. Sebaliknya jika dibiarkan, perlakuan ini mungkin akan berterusan sehingga mereka dewasa.

Cuba cara ini untuk renggangkan anak anda dengan ‘clinging object’ itu :

  1. Menyorok ‘clinging object’ (bantal, selimut ataupun patung).

  2. Gunakan teknik ‘reward’ anak anda apabila mereka disuruh lakukan sesuatu dengan syarat mereka harus meninggalkan ‘clinging object’ itu.

  3. Gunakan psikologi seperti memberitahu mereka, bantal busuk adalah sesuatu yang tidak bagus, dan tunjukkan contoh lain yang baik untuk mereka ikuti.

  4. Jika mereka masih berdegil, cuba tukarkan ‘clinging object’ setiap bulan, dan pastikan ia bersih untuk diberikan kepada anak anda.

Kami di Kool FM berharap dengan cara ini sedikit sebanyak dapat membantu anda cuba memisahkan bantal busuk anak anda.

Selamat mencuba!

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement