Semasa & Hiburan
Ibu Adibah Noor Meninggal Dunia
Ibu penyanyi dan pelakon Adibah Noor, Norlia Ad Majid telah menghembuskan nafas terakhir pada 12:30 malam tadi.
Ibu penyanyi dan pelakon Adibah Noor, Norlia Ad Majid telah menghembuskan nafas terakhir pada 12:30 malam Isnin.
Berita berkenaan dikongsi oleh Adibah menerusi laman Twitter serta Instagram miliknya pagi tadi.
“Jenazah akan dibawa ke Masjid Al- Ansar Taman Keramat jam 9 pagi ini, untuk diuruskan dan seterusnya disolatkan” katanya menerusi maklumat tersebut.
assalamualaikum wrt wbt.
ibu kami, puan hajjah norlia bt. abd. majid telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 1230 malam tadi.
jenazah akan dibawa ke masjid al-ansar, taman keramat pada jam 9pagi ini, untuk diuruskan dan seterusnya disolatkan.
al fatihah.
— ADIBAH NOOR 🇲🇾🐱 (@adibahnoor) March 3, 2019
Rata-rata peminat dan pengikut turut menghulurkan ucapan takziah menerusi ruangan komen.
- @meilynn: Innalillahiwainnaillahirojiun.. Takziah @adibah_noor.. Pernah jga opah sehari hritu.. Baik sgt arwah.. Bawak prgi hosp pusrawi.. 😭 semoga opah dtmptkn dlm klngn org yg beriman amin..
- @lilyrosekhalim: Salam takziah sister @adibah_noor.. semoga Allah SWT mencucuri rahmatNya yang Maha agung pada arwah dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.
- @nadiyahaneem007: Salam takziah kpd kak adibah nor sekeluarga dan moga arwah ditempatkan dalam kalangan org2 yg beriman.
Salam takziah dari Kool FM, semoga ibu Adibah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.