Connect with us
Kool FM

Sukan

“Ia Mematangkan Saya Dan Jangan Cepat Percayakan Orang”- Kisah Lama Khalid Jamlus Mematangkan Beliau

Semoga Khalid terus kuat!

Published

on

Disebalik keindahan dunia seorang pemain bola sepak, tersimpan pahit getir perjalanan demi mencapai kegemilangan yang diimpikan.

Nasib malang yang menimpa bekas penyerang Harimau Malaya, Khalid Jamlus yang menjual jersi dan medal kemenangan, termasuk trofi dan kasut emas yang dimenanginya membuatkan kami di Kool FM terpanggil untuk bertanyakan perkara sebenar terhadap bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus.Khalid Jamlus 'Tolak' Kasut Emas Pada Harga RM10,100 Melalui ...

Selain bertanyakan tentang perkembangan kariernya, penyampai radio Kool FM, AG dan personaliti MHI di TV3, Hanif Miswan di dalam segment Spectator Sukan sempat bertanyakan kepada Khalid Jamlus mengenai penjelasan beliau tentang penjualan kasut emasnya.

Khalid mengatakan ada sesetengah pihak mengatakan kepada beliau bahawa bermain bola tidak menjamin masa depan. Bertanyakan tentang perancangan beliau semasa berada di dalam bidang sukan bola sepak ini, adakah beliau membuat perancangan tentang masa depan dan kewangan, Khalid berkata sudah tentu dia mempunyai perancangan, bukan hanya bermain bola sepak malah, sudah banyak pekerjaan yang dilakukannya antaranya perniagaan makanan, pengangkutan dan kerja-kerja di dalam hutan untuk menyara hidup dan keluarga sehingga beliau ditipu dan rugi puluhan ribu ringgit.

Terpanggil untuk bertanya mengenai perasaan Khalid tentang pengalaman pahit yang dilalui, AG bertanyakan kepada khalid,

“Dalam kesusahan ketika berkerja macam-macam ini, pernah timbul rasa sesal tak apabila rasa tertipu atau rasa pengajaran ini sangat berharga?”

Lalu Khalid menjawab,

“Dalam dunia kehidupan kita, kita pasti akan lalui benda-benda macam ini”

“Bagi saya ianya mematangkan saya dan jangan cepat percayakan orang”

“Saya tidak malas, saya cuba melakukan apa sahaja walaupun pernah jadi runner dan despatch walaupun nama saya Khalid Jamlus”

Bertanya mengenai isu penjualan kasut emas, apakah punca disebalik itu, Khalid menjawab

Bekas pemain bola sepak kebangsaan Khalid Jamlus jual 'Kasut Emas ...

“Secara jujur, saya sayang kasut emas itu. Pada awalnya tak terfikir pun nak jual kasut emas tu tapi ini untuk melangsungkan kehidupan saya”,

“Bila saya memikirkan keadaan mak dan ayah yang tak berapa sihat, dan saya pula anak sulung, tercetus lah idea di situ untuk menjual kasut emas di FB live”

Mengatakan dia terpaksa menjual kasut emasnya disebabkan ibu bapanya yang sudah tidak sihat, itulah sedikit ringkasan mengenai kisah disebalik penjualan kasut emasnya.

Kami di Kool FM mendoakan semoga Khalid terus tabah untuk mencari rezeki dan semoga diberi peluang yang baru di masa hadapan.

Dengar lebih lanjut tentang penjelasan Khalid Jamlus menerusi Catch Up Kool di bawah:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement