Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Hubungan makin hambar? Cuba lakukan ini

Published

on


DUNIA percintaan memang semuanya nampak indah belaka. Lagi-lagi di awal percintaan di mana ia digelar ‘honeymoon phase’. Fuh kalau dalam bab ni, memang dua-dua diibaratkan dalam dunia sendiri. Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah dan kentut pun bau wangi!

Tapi bila lepas tiga empat bulan haa mulalah hilang perasaan sayang menyayangi dan mulalah nak bertikam lidah! Ada sahaja benda yang nak digaduhkan. Benda kecik pun  boleh jadi besar!

Jangan lah macam tu. Cuba bawa bersabar. Pikir balik saat-saat indah korang tu. Cuba korang pikir balik kenapa perhubungan korang jadi makin bosan dan hambar?

Macam mana nak kembalikan moment indah itu? Ini caranya

via GIPHY

Cuba korang ingat balik saat saling mengejar antara satu sama lain. Masa tu lah korang tunjukkan penghargaan dengan pelbagai bentuk. Kata-kata yang manis, beri hadiah, bertolak ansur dan cuba untuk memahami masing masing.

via GIPHY

Cuba berkomunikasi macam dulu-dulu. Ala masa saat awal pengenalan dulu. Cakap dengan lemah lembut dan apa salahnya korang tunjuk balik penghargaan  korang tu pada pasangan!

Selain dari itu, apa kata korang dating tempat yang boleh di jadikan aktiviti. Jangan lah asyik pergi mall je. Korang boleh cuba berkelah, pergi library, hiking dan macam-macam lagi aktiviti yang korang boleh buat. Nak cuba buat paintings pun seronok juga!

via GIPHY

Satu perkara yang sis nak ingatkan, tidak perlu mengongkong pasangan korang tu! Pasangan korang tu ada juga life sendiri.

Cuba bagi ruang kepada mereka contohnya, nak berjumpa dengan kawan-kawan dan sebagainya. Kalau korang asyik tak bagi, cepat bosan lah ceritanya!

Sis harap dengan baca artikel ini, korang dapat lah memperbaiki hubungan itu. Sis doakan semoga bahagia selalu!

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement