Connect with us

Gaya Hidup

‘Home Remedy’: Sapu Minyak Badam Manis Untuk Hilangkan Gelap Bawah Mata

Published

on


Pernah tak anda perasan, setiap kali bangun tidur je, sesetengah anda akan mempunyai lingkaran gelap, sembab dan paling teruk ada garisan halus pada bahagian mata. Aduh dah jadi macam zombi lah!

Jenuh la nak tepek concealer banyak-banyak bawah mata, bila dah tengahari mula la nampak bercapuk. Panda eyes ni bukan hanya berpunca daripada tidak cukup tidur, kadangkala bagi anda yang mempunyai genetik agak sukar untuk hilangkannya walaupun dah guna pelbagai produk.

Percaya tak, dengan hanya sapu minyak badam manis secara konsisten ia mampu menghilangkan gelap mata secara kekal? Haa jom lihat perkongsian di bawah dengan lebih lanjut.

Image result for minyak badam manis

Sumber: beautyskin

Minyak Badam Manis

Mengapa Ia Berkesan? 

Untuk pengetahuan anda badam adalah sumber vitamin C yang sangat bagus. Penghasilan minyak daripada badam boleh digunakan sebagai emolien yang mampu membuatkan kulit anda lembut.

Hati-Hati !

Terdapat dua jenis minyak badam pahit dan manis. Kebiasaaanya minyak badam pahit digunakan dalam aromaterapi dan tidak boleh digunakan pada kulit dan mulut.

Image result for lingkaran gelap bawah mata

Sumber: bulatamt

Cara Penggunaan 

Pastikan bawah mata anda sudah dibersihkan, sapu minyak secara perlahan dan lembut supaya ianya meresap ke dalam kulit anda. Biarkan ia semalaman dan basuh pada esok hari.

Apa yang penting, minum air masak dengan cukup agar kulit anda sentiasa hidrasi dan amalkan gaya hidup sihat sekali gus membuatkan wajah anda lingkaran gelap bawah mata dapat dicegah.

 

 

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Warna Rambut Memang Nampak Cantik Tapi Ramai Tak Tahu Ia Bahaya!

Pilih Rumah Atau Kereta? Jangan Fikir Nak Nampak Hebat Di Mata Orang Je

 

 

 

 

 

Sumber: homeremedy

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement