Connect with us

Hiburan

Hisyam Hamid Dedah Sebab Tak Ambil Tawaran Berlakon

Kenapa pulak..

Published

on

Bergelar seorang pelakon bukan satu kerjaya yang mudah terutamanya apabila banyak tawaran yang diterima.

Terbaharu, pelakon kelahiran Singapura Hisyam Hamid memaklumkan dia kini tidak mengambil tawaran berlakon drama selepas  kelibatnya yang sudah tidak kelihatan di kaca televisyen.

Related image

Perkara berkenaan dimaklumkan susulan mahu memberi fokus pada bidang perfileman

“Saya nak bagi orang rindu dan rasanya strategi itu menjadi sebab ramai yang bertanya dalam laman sosial bila saya mahu kembali berlakon drama.

Hisyam turut tidak mahu terlalu terdedah dengan dunia drama serta telemovie kerana baru lima tahun dalam industri di Malaysia.

Image result for hisyam hamid

Menurut Hisyam, sebagai pelakon dia mahu mempelbagaikan graf lakonannya sekali gus dapat memberi kepuasan peribadi.

“Saya mahu orang lihat sisi lain Hisyam Hamid bila berlakon di televisyen.”

Menurutnya, penonton sekarang cepat bersuara jika berasakan lakonan seorang pelakon itu tampak bosan apabila sering membawa watak yang sama.

Bagaimanapun, dia tetap menerima tawaran kecil seperti menjayakan penggambaran telemovie pendek.

Mengalihkan fokus terhadap dunia filem pula, Hisyam melahirkan rasa lega apabila dua buah filem lakonannya iaitu Hero: Jangan Bikin Panas dan Dendam Pontianak bakal ditayangkan tahun ini.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement