Connect with us
alt_img>

Hikayat Puteri Syantik

Sinopsis

Puteri Syantik telah terkena sumpahan oleh ibu tirinya dan ditinggalkan sendirian di dalam hutan. Puteri Syantik yang asalnya cantik dan putih bertukar menjadi gempal dan berkulit gelap. Seorang tukang kayu yang bernama Damar telah menyelamatkan Puteri Syantik. Puteri Syantikcuba meyakinkan Damar yang dirinya adalah puteri raja, namun Damar tidak percaya dan mentertawakan Puteri Syantikyang disangkakan perempuan berangan. Puteri Syantik meminta pertolongan Damar untuk membawanya ke istana. Puteri Syantikmengatakan yang dia adalah inang yang sesat di dalam hutan. Bermulalah pengembaraan Damar dan Puteri Syantikdi dalam hutan. Pelbagai pengalaman pahit, manis dan juga mistik yang mereka lalui bersama. Sepanjang perjalanan, mereka berdua asyik bergaduh. Walaupun hakikatnya Puteri Syantikdan Damar masing-masing ada menyimpan perasaan. Setelah sampai di istana Puteri Syantikmembuat perhitungan dengan ibu tirinya yang kejam. Namun tanpa diduga pelbagai rahsia telah terbongkar. Apakah rahsia besar yang tidak diketahui oleh Puteri Syantikdan Damar selama ini? Apakah nasib ibu tiri Puteri Syantikyang kejam?

 

Watak & Perwatakan

  1. Puteri Syantik (Zulin Aziz)

Seorang puteri raja yang memiliki kecantikan luar biasa dan sangat dicemburui oleh ibu tirinya sendiri. Telah terkena sumpahan yang menyebabkan kecantikannya musnah.

 

  1. Damar (Syazwan Zulkifly)

Seorang pemuda yang tinggal di dalam hutan dan mewarisi pekerjaan keturunannya sebagai tukang kayu. Seorang yang baik hati namun mulut becok dan suka bercakap kasar.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement