Semasa & Hiburan
Hijjaz Pilih Tomok
Lagu Sumayyah bakal dirakam semula bersama Tomok.
Kumpulan nasyid, Hijjaz yang popular menerusi lagu Sumayyah dikhabarkan bakal merakam semula lagu itu dengan memilih penyanyi, Tomok sebagai gandingan duet.
Menariknya, rakaman versi kali ketiga lagu Sumayyah itu berbeza kali ini apabila disuntik elemen rock.
Lagu Sumayyah mendapat tempat di hati peminat sehingga kini dan pemilihan Tomok sebagai vokalis amat bertepatan dengan pencapaian serta namanya yang masih kekal relevan dalam industri hiburan.
Hijjaz dianggotai oleh Isman, Munif Ahmad, Mohd Faizal Osman dan Muhammad Ariffin Ahmad Rahim.
Nantikan kemunculan lagu Sumayyah versi Hijaz dan Tomok okay!