Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Hidangan Mudah Dan Sedap, Ini 3 Menu Hidangan Guna Kurma Untuk Sahur

Jangan risau, ketiga-tiga juadah ini sesuai dihidangkan semasa sahur mahupun berbuka puasa dan mudah-mudah membantu anda kekal bertenaga. 

Published

on

Ketika di bulan Ramadan, buah kurma akan sering dilihat di mana-mana. Ia akan dijadikan makanan pertama semasa berbuka puasa. Kurma bukan sahaja mampu memberikan tenaga secara serta merta kepada kita yang berpuasa malah khasiatnya cukup luar biasa amat bagus untuk badan ketika berpuasa. Pengambilan kurma akan mambantu anda berasa lebih segar dan bertenaga untuk menjalani ibadah puasa dan ia juga mampu beri tenaga kita melaksanakan Solat Tarawikh bersama keluarga memandangkan kita harus patuhi prosedur operasi standard (SOP).

Bersempena Ramadan tahun 2021, kami ingin kongsikan bersama anda 3 resepi mudah dengan hanya menggunakan buah kurma. Jangan risau, ketiga-tiga juadah ini sesuai dihidangkan semasa sahur mahupun berbuka puasa dan mudah-mudah membantu anda kekal bertenaga.

Cucur Kurma

Hidangan pertama semestinya cucur kurma! Selalunya kita akan buat cucur udang, cucur bawang dan cucur pisang. Kali ini apa kata cuba cucur kurma pula? Ia lebih sedap dan berkhasiat! Anda hanya perlu gaulkan semua bahan iaitu dua cawan tepung, setengah cawan kurma yang telah dihiris halus, dua sudu susu pekat manis, setengah sudu soda bikarbonat, setengah sudu garam, sebiji telur dan dua cawan air. Setelah menjadi satu adunan, ceduk menggunakan sudu dan goreng ke dalam minyak yang panas. Bila sudah nampak garing, angkatkan ia dan tos. Siap!

Baca artikel berkaitan: Puasa Ni Tak Tahu Nak Sahur Apa? Jom Cuba 5 Menu Ringkas Ini

Agar-Agar Kurma

Untuk peminat makanan sejuk, anda boleh cuba buat agar-agar kurma. Anda hanya perlu memasukkan satu cawan kurma yang telah dibuang biji dan telah dikisar ke dalam air yang mendidih bersama agar-agar, gula dan susu. Biarkan mendidih dan tuang ke dalam acuan, kemudian sejukkan di dalam peti sejuk. Hidangan ini anda boleh lakukannya malam sebelumnya supaya ketika sahur nanti ia sudah sedia untuk dimakan.

Jus Kurma

Anda seorang yang tidak suka makan ketika bersahur? Jangan risau, inilah menu penyelesaian untuk anda. Jus kurma bukan sahaja mudah dibuat malah ia sangat berkahsiat dan sesuai diminum ketika bersahur. Anda cuma perlu kisar satu cawan kurma yang sudah direndam ke dalam air panas bersama setengah kotak susu segar dan beberapa ketul ais. Jika mahu manis, tambahkan sedikit madu.

Mudah sahaja membuat menu sahur menggunakan buah kurma. Apa yang penting ialah anda perlu pastikan hidangan sahur anda cukup khasiat untuk membantu badan anda bertenaga sepanjang hari berpuasa. Jangan lupa juga untuk tidak makan secara berlebihan ketika sahur, takut nanti sakit perut pula. Opss!

Baca menarik yang lain: Amalan Tidur Lepas Sahur Boleh Undang Bahaya!

Sumber: Wanista

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement