Connect with us
Webinar Kool

Gaya Hidup

Heroin MV She Will Be Loved Sah Meninggal Dunia

Published

on


Setiap penduduk dunia yang pernah kenal dengan sebuah band, Maroon 5, mesti pernah dengar lagu yang bertajuk She Will Be Loved, betul? Melalui lagu She Will Be Loved lah merupakan titik permulaaan Maroon 5 dikenali di seluruh dunia termasuk Malaysia walaupun sebelum tu lagu bertajuk Harder to Breathe dan This Love pernah meletup di Amerika Syarikat.

Kalau korang ingat lagi, dalam video muzik She Will Be Loved, jalan cerita yang disampaikan mengisahkan tentang cinta tiga segi yang berlaku di antara penyanyi utama, Adam Levine, dengan anak perempuan dan mak kepada anak perempuan tersebut yang dilakonkan oleh Kelly Preston. Yang terkini, Kelly Preston disahkan meninggal dunia selepas bertahun-tahun berperang dengan penyakit kanser payudara.

 

View this post on Instagram

 

It is with a very heavy heart that I inform you that my beautiful wife Kelly has lost her two-year battle with breast cancer. She fought a courageous fight with the love and support of so many.  My family and I will forever be grateful to her doctors and nurses at MD Anderson Cancer Center, all the medical centers that have helped, as well as her many friends and loved ones who have been by her side. Kelly’s love and life will always be remembered. I will be taking some time to be there for my children who have lost their mother, so forgive me in advance if you don’t hear from us for a while.  But please know that I will feel your outpouring of love in the weeks and months ahead as we heal. All my love, JT

A post shared by John Travolta (@johntravolta) on

Mungkin ada yang dah tahu atau ada yang tak pernah tahu, Kelly Preston sebenarnya merupakan seorang pelakon dan isteri kepada John Travolta, mendirikan rumah tangga sejak tahun 1991. Kelly Preston yang lahir pada 13 Oktober 1962, memulakan karier sebagai model sambilan sebelum terlibat dalam dunia lakonan. Filem pertama yang menampilkan Kelly Preston sebagai salah seorang pelakon yang memegang watak utama adalah menerusi filem Mischief, ditayangkan pada tahun 1985.

Semakin popular apabila melibatkan diri dalam bidang lakonan, Kelly Preston pernah gak berlakon bersama bintang-bintang ternama Hollywood dalam beberapa filem antaranya filem Twins pada tahun 1988 bersama Arnold Schwarzenegger, pernah gak berlakon bersama Tom Cruise dalam filem Jerry Maguire pada tahun 1996, filem yang menjadikan Tom Cruise popular sehingga kini dan berpasangan dengan Kevin Costner dalam filem For Love of the Game pada tahun 1999.

Kelly Preston juga pernah memegang watak utama dalam filem popular pada tahun 2005, Sky High, sebagai seorang ibu yang mempunyai superpower. Selepas mendirikan rumah tangga bersama John Travolta pada tahun 1991, Kelly Preston dan John Travolta pernah digandingkan bersama menerusi dua filem iaitu Battlefield Earth pada tahun 2000 dan filem kisah benar bertajuk Gotti yang ditayangkan pada tahun 2018.

Walaupun pernah terlibat dalam lebih daripada 40 filem dan drama bersiri sejak bergelar pelakon, Kelly Preston hanya pernah membuat penampilan istimewa dalam satu muzik video menerusi lagu She Will Be Loved bersama Maroon 5.

 

View this post on Instagram

 

My first pretend kiss…We will miss you Kelly. You’ll always hold a special place in my heart.

A post shared by Adam Levine (@adamlevine) on

KATALAKI: Boleh mengembalikan macam-macam kenangan bila tengok balik video muzik She Will Be Loved.



Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement