Connect with us

Berita

Helikopter Terhempas Di Manhattan

Seorang maut selepas sebuah helikopter dilaporkan terhempas di Manhattan, New York.

Published

on

Seorang maut selepas sebuah helikopter dilaporkan terhempas ketika cuba mendarat di atas sebuah bangunan pencakar langit di Manhattan.

Selepas menerima laporan kebakaran dan gegaran, perkhidmatan kecemasan pantas dikerah ke bangunan 54 tingkat di Seventh Avenue itu.

Difahamkan, helikopter jenis Agusta A109E  itu terhempas 10 minit selepas berlepas dari pangkalan helikopter di bandar berkenaan kira-kira jam 1.45 petang (waktu tempatan) semalam.

Menurut Datuk Bandar New York, Bill de Blasio jabatan bomba New York mengesahkan seorang terbunuh dipercayai juruterbang helikopter berkenaan.

“Syukur tiada mangsa lain yang cedera setakat ini sama ada penumpang helikopter mahupun individu di dalam bangunan dan berhampiran kawasan kejadian.”

Pada Mac 2018, lima terkorban selepas sebuah helikopter terhempas ke dalam sungai di timur Manhattan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement