Connect with us
Catch Up Kool

Gaya Hidup

Hebat! Hanya 6 Hari Vivy Yusof Berjaya Kumpul RM1.14 Juta Bantu Hero COVID-19

Published

on


Ahli perniagaan Vivy Yusof bukanlah nama yang perlu diperkenalkan. Selain menjadi seorang usahawan, beliau juga merupakan ikon kepada semua wanita tak kira lapisan umur. Jika anda mengikuti Instagram beliau, pasti anda sudah mengetahui Vivy berusaha mengumpul dana bagi membantu petugas medik COVID-19 di hospital.

Ini kerana, Vivy merasakan dia bertanggungjawab meringankan beban petugas hospital yang bertungkus-lumus menyelamatkan pesakit yang sedang bertarung nyawa dengan mereka yang disahkan positif wabak ini.

BACA:Makin Teruk! Staf KKM Terpaksa Sarung Plastik Sampah Dijadikan Perisai COVID-19

Maka, beliau dan suamia Fadza Anuar membuat keputusan untuk menderma beberapa unit portable airconds, komputer riba dan makanan bagi membantu pihak hospital dalam usaha mereka menangani masalah ini.

 

View this post on Instagram

 

We need each other more than ever right now. My husband @fadzaanuar and I, on behalf of @fashionvaletcom are organising a fundraiser to help with covid19. We’ve teamed up with @drmusanordin and @imaret_my who have been relentlessly helping many in need already. It all started when my husband and I decided to donate some portable airconds to hospital and then more and more people reached out to share conditions of their own hospitals. As covid19 cases rise, hospitals wont be able to cope so we need to act fast to get our hospitals ready and make the patients, staff and volunteers’ lives as comfortable as possible. They are the frontliners combatting covid19 for us and this is the least we can do for them and our country. I hope you will take time to donate to the fund even a little bit, however your financials allow. You can donate via internet banking, credit card, whichever is easiest for you, by clicking the link in my bio. I also hope you can share this video to as many people as possible so more people can help. Time for us to be bigger than just ourselves, and may God bless you all for your help. So proud to be a part of this community. Thank you. ❤ *For more info on the fund and IMARET, please click link in my bio.

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof) on

Keadaan di hospital sangatlah tidak selesa. Para petugas hospital perlu  dengan memakai sut tebal bagi mengelakkan penyakit berjangkit ini dalam keadaan panas. Mereka perlu berlari ke sana-sini jika ada kes kecemasan dan sebagainya. Ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk ditempuhi.

Vivy kemudiannya tampil dengan jalan penyelesaian terbaik iaitu dengan cara mengumpul dana bagi menghulurkan bantuan di hospital-hospital yang memerlukan melalui Instagram beliau.

BACA: Wira Tak Didendang, Lihatlah Wajah Nurse Menjaga Pesakit COVID-19

Vivy dan suaminya bersetuju akan menghulurkan sebanyak RM100,000,00 bantuan bagi membantu meringankan beban doktor serta barisan hadapan di hospital.

Hasrat dan usaha Vivy itu disambut baik apabila ramai rakyat Malaysia yang turut memberikan sumbangan. Baru enam hari, Vivy kemudian mengumumkan bahawa beliau telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM1.14 juta!

Tahniah kepada Vivy dan team mereka kerana menjayakan dana ini. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Diharap petugas hospital kita akan lebih selesa menjalankan tugas dalam mendepani hari-hari mereka yang penuh cabaran. Syabas Malaysia!



Sumber:

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement