Berita
Hebat Haiqal Hanafi, Memang Luar Biasa
Tahniah!
TAHNIAH! Raja pecut baharu Asia Tenggara, Muhammad Haiqal Hanafi berjaya merangkul pingat emas acara 100m Sukan SEA di Stadium Olahraga New Clark City, di Filipina, petang semalam.
Aski bertenaga yang ditonjolkan amat luar biasa, apabila pelari berusia 20 tahun itu membuktikan kepantasannya hanya dalam masa 10.35 saat (s).
Kejayaan tersebut telah mengatasi pencabar utama dari Thailand, Ruttanapon Sowan di tempat kedua dengan 10.49s manakala Lac bandit Chuanchai juga dari Thailand di tempat ketiga dengan catatan masa 10.52s.
Lebih membanggakan, keputusan diraih Haiqal telah memotong status raja pecut Asia Tenggara terdahulu, Khairul Hafiz Jantan yang memenanginya dua tahun lalu di Kuala Lumpur.