Connect with us

Hiburan

Hattan Kritik Lagu BBNU

Penyanyi lagu Biso Bonar ini mahu syarikat-syarikat rakaman lakukan pembaharuan.

Published

on

Penyanyi Rock tanah air, Datuk Hattan menyifatkan genre muzik untuk lagu artis generasi baharu atau digelar Budak-Budak Baru Nak Up (BBNU) terlampau ‘tangkap leleh’.

Menerusi  sebuah portal hiburan online, Hattan berharap syarikat-syarikat rakaman dapat melaksanakan pembaharuan mengenai perkara itu.

“Sepatutnya peluang ini kena seimbang dan dibahagikan kepada mereka. Saya tak faham kenapa lagu mereka kembali kepada yang meleleh-leleh?

“Saya ingatkan benda akan terus ke depan… Tetapi hanya sebahagiannya sahaja, tidak semua.

“Come on man this is 2019, saya tengok banyak BBNU berimej seluar ketat tetapi lagu leman. Syarikat-syarikat rakaman tolonglah,” katanya.

Hattan juga mahu penyanyi generasi baru lebih berani dalam mengetengahkan bakat.

“Kalau semua benda sama secara tak langsung kita akan bunuh kreativiti orang lain kerana kita disuapkan dengan Leman all the way. Untuk BBNU, anak muda yang baru ini harus lebih berani lagi,” ujarnya lagi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement