Connect with us

Hiburan

Hattan Dan Anak Bergabung Dalam “Perlukan Aku”

Perlukan Aku merupakan single bergenre hip hop R&B.

Published

on

Pendatang baharu dalam industri muzik, Adam E. atau nama sebenarnya Adam Eiman merupakan anak lelaki kepada penyanyi legend, Dato Hattan.

Meminati bidang seni persis bapanya, mereka kini tampil dengan single berjudul Perlukan Aku.

Menerusi laporan Syafil Syazwan Jefri, Perlukan Aku adalah hasil ciptaan Adam sendiri bersama seorang lagi penyanyi hip hop, Senna manakala liriknya juga oleh Adam.

Lagu bergenre hip hop R&B itu berkisar tentang seorang lelaki yang sedang mencari cinta dan tahu wanita yang dicintainya itu memerlukannya sebagai peneman hidup.

Lebih menarik, Perlukan Aku juga menyelitkan mesej positif untuk pendengar.

Sejak dimuat naik pada 26 September lalu, video muzik Perlukan Aku sudah mencatat lebih 6,000 tontonan di laman Youtube.

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement