Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Hati Mira Filzah Belum Terisi

Mira bahagia dengan status solo.

Published

on

Pelakon popular Mira Filzah mengakui tidak memiliki target untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada Tuhan.

“Saya tidak pernah letak sebarang target untuk berkahwin. Saya hanya ikut aturan yang ditetapkan. Sampai masa saya berkahwin juga,” katanya.

Menurut Mira, keluarganya juga tidak pernah memaksa dia untuk berkahwin.

“Ibu juga tidak pernah bertanya soal ini. Malah dia lebih menggalakkan saya untuk terus bergiat aktif bekerja selagi masih ada permintaan,” ujarnya lagi.

Untuk pengetahuan, hati pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini juga masih belum dimiliki dan bahagia dengan status solo.

“Banyak lagi perkara yang ingin saya kejar dalam bidang seni ini. Tidak pernah berasa tertekan atau sedih apabila diri ini masih solo.

“Kalau ada yang datang untuk berkawan dan kami saling faham antara satu sama lain, saya okey saja,” jelasnya.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement