Connect with us

Berita

Harimau Malaya Tunjuk Taring Sebenar

Tahniah Harimau Malaya!

Published

on

Tahniah buat Malaysia yang berjaya bangkit membaham Thailand dengan penuh bergaya.

Harimau Malaya menumpaskan Gajah Perang 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi dalam aksi pusingan kedua Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Jaringan Brendan Gan dan Mohamadou Sumareh pada minit ke-26 dan 56 sudah cukup untuk mengecewakan Thailand biarpun mereka terlebih dahulu membuat jaringan seawal minit ketujuh menerusi Chanathip Songkrasin.

Dalam pada itu, corak permainan dan semangat juang yang ditunjukkan anak buah Tan Cheng Hoe juga perlu diberikan pujian antara persembahan terbaik Harimau Malaya.

Keberanian Cheng Hoe melakukan rombakan kecil dalam senarai kesebelasan utama termasuk menyenaraikan Syamer Kutty Abba di bahagian tengah, Syahmi Safari di benteng kanan dan penjaga gol, Khairulazhan Khalid tampak membuahkan hasil.

Harimau Malaya kini mengumpul enam mata selepas empat perlawanan dalam Kumpulan G, manakala Thailand kekal dengan tujuh mata.

Malah, kemenangan itu menyaksikan Malaysia dapat merobohkan kubu Thailand hampir lima tahun selepas kali terakhir menang 3-2 pada final kedua Piala AFF 2014.

Harimau Malaya bakal berdepan Indonesia di gelangggang sama pada 19 November ini dan ia satu lagi perlawanan yang wajib dimenangi jika mahu melepasi kelayakan pusingan kedua.

Sumber: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement