Connect with us

Berita

Harimau Malaya Perlu Kerja Keras Hadapi Thailand

Harimau Malaya akan menentang Thailand pada 14 November ini.

Published

on

Harimau Malaya bakal bertemu Thailand pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Khamis ini, setelah melakar kemenangan 1-0 ketika aksi persahabatan menentang Tajikistan, kelmarin.

Bagaimanapun, anak buah Tan Cheng Hoe tidak boleh merasa selesa dengan jaringan tunggal oleh Safawi Rasid itu dan perlu segera perbaiki kelemahan.

Menurut Cheng Hoe, masalah terbesar yang perlu diatasi adalah aspek hantaran terutama ketika melancarkan serangan.

“Kemenangan ini memberi kita suntikan terbaik tetapi secara keseluruhan, masih banyak perlu diperbaiki terutama dari segi hantaran.

“Bagi saya kita kena perbaiki lagi hantaran di depan kotak penalti yang menyebabkan kita tak boleh menjaringkan gol. Malah, itu juga sebabnya kita tak banyak cipta peluang jaringkan gol tetapi secara keseluruhan pemain beraksi positif,” katanya.

Stadium Nasional Bukit Jalil akan menjadi lokasi perlawanan di antara Harimau Malaya menentang Thailand pada 14 November ini.

Sumber: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement