Connect with us
alt_img>

Berita

Harimau Jantan Serang Petugas Zoo Sampai Parah!

Seorang petugas zoo cedera dilaporkan parah di bahagian belakang kepala dan leher selepas diserang seekor harimau Sumatera, kelmarin.

Published

on

Seorang petugas zoo cedera dilaporkan parah di bahagian belakang kepala dan leher selepas diserang seekor harimau Sumatera, kelmarin.

Untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk, haiwan itu berjaya ditenteramkan petugas lain yang menggunakan makanan sebagai umpan.

Difahamkan, insiden yang disaksikan beberapa pengunjung itu berlaku di Zoo Topeka di Kansas dan mangsa merupakan seorang wanita.

Pengarah zoo, Brendan Wiley dalam satu sidang media berkata, wanita berkenaan adalah penjaga harimau di Pusat Perlindungan dan Zoo Topeka serta berada di dalam kandang haiwan itu ketika diserang.

Gambar hiasan

Untuk pengetahuan, harimau berusia tujuh tahun yang diberi nama Sanjiv itu secara tiba-tiba memasuki kandang dan ia tidak seharusnya berlaku jika mana-mana individu berada di dalam kawasan tersebut.

Walaubagaimanapun, selepas mendapatkan rawatan wanita itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Berikutan insiden mengejutkan itu, Zoo Topeka ditutup hampir 45 minit manakala kesemua enam harimau termasuk Sanjiv dan empat anak haiwan itu dimasukkan ke dalam kurungan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement