Connect with us

Berita

Hari Diabetes Sedunia: Ini Tanda-Tanda Jika Anda Salah Seorang Penghidap Kencing Manis

Sediakan payung sebelum hujan..

Published

on

Kencing manis ataupun Diabetes adalah salah satu penyakit kronik yang mampu memberi impak yang besar kepada badan seseorang.

Sempena Hari Diabetes Sedunia yang disambut setiap 14 November setiap tahun, ini adalah tanda-tanda kencing manis yang dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman Twitter rasmi mereka.

Menurut satu portal online, tanda-tanda kencing manis juga selalunya tidak berlaku kepada mereka yang baru sahaja mengalami kencing manis.

Terdapat beberapa jenis kencing manis seperti diabetes type 1, diabetes type 2 dan juga gestational diabetes(kencing manis ketika mengandung).

Kesemua jenis kencing manis ini mempunyai satu perkara yang sama iaitu badan mereka tidak mampu mengurus gula dengan baik hingga menyebabkan bacaan gula tinggi dalam darah.

Apabila gula terlampau tinggi dalam darah, ia juga akan ditapis masuk ke dalam air kencing. Jika di periksa air kencing pesakit diabetes, mesti akan ditemukan gula di dalamnya.

Image result for no sugar

Beberapa Tanda tanda kencing manis adalah:

  • Kerap kencing: Perkara ini berlaku disebabkan gula yang memasuki saluran air kencing akan menghasilkan kepekatan air kencing yang lebih pekat.
  • Sentiasa lapar: Perkara ini terjadi kerana sepatutnya insulin yang dirembeskan daripada pankreas akan menolak gula daripada dalam darah masuk ke dalam sel.
  • Asyik ingin minum air dan Mulut kering: Disebabkan seseorang pesakit kencing manis asyik kencing sahaja, ia akan menyebabkan mulutnya merasa kering selalu.
  • Kulit gatal: Pesakit ini juga akan mengalami lemah imun sistem. Ini akan memudahkan kuman terutamanya kulat untuk menyerang kulit pesakit.
  • Rasa kebas atau sakit pada kaki: Jika kencing manis sudah terlampau lama, ia akan merosakkan saraf terutamanya pada bahagian tangan dan kaki.

Tanda tanda kencing manis yang lebih teruk adalah:

  • Berat badan berkurangan dengan mendadak.
  • Muntah-muntah yang teruk
  • Pengsan
  • Nafas Berbau

Macam mana nak tahu ada kencing manis atau tidak?

Perkara yang perlu dibuat untuk mengetahui seseorang itu ada kencing manis ataupun tidak adalah dengan membuat pemeriksaan darah.

  • Bacaan gula yang tinggi ketika berpuasa adalah 7 mmol/L
  • Bacaan gula yang tinggi ketika tidak berpuasa adalah 11.1 mmol/L
  • Jika bacaan gula anda melebihi seperti diatas, anda berkemungkinan menghadapi kencing manis.

 

Sumber daripada: Thediagnosa & Twitter KKM Putrajaya

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement