Connect with us
Kool FM

Berita

Hari Anggota Bomba Sedunia, Beberapa Jalan Dilencongkan!

Rancang perjalanan hujung minggu ini!

Published

on

Beberapa laluan di sekitar ibu negara akan dilencongkan secara berperingkat bagi memberi laluan kepada acara perbarisan Hari Anggota Bomba Sedunia 2019, Sabtu 20 Julai 2019.
Lencongan berkenaan akan bermula seawal jam 6 pagi sehingga acara terbabit selesai.
Laluan yang akan dilencongkan adalah:

Jalan Travers-Jalan Damansara (berhampiran Muzium Negara);

Jalan Mahameru-Jalan Damansara (Carcosa);

Jalan Mahameru-Jalan Damansara dekat susur Muzium Negara

Bulatan Hishamuddin Jalan Lembah (Masjid Negara);

Jalan Perdana-Jalan Lembah;

Jalan Kinabalu-Bulatan Hishamuddin (Dayabumi);

Jalan Kinabalu-Jalan Hishamuddin berhampiran susur Bukit Aman;

Jalan Lembah-Jalan Cenderasari;

Leboh Pasar Besar-Jalan Hang Kasturi;

Leboh Ampang-Jalan Tun Perak;

Jalan Dang Wangi-Jalan Tunku Abdul Rahman;

Jalan Kuching-Bulatan Dato Onn;

Jalan Kinabalu-Bulatan Dato Onn;

Jalan Tunku Abdul Rahman- Jalan Raja(Dataran Merdeka);

Jalan Hishamuddin-Jalan Raja (Dataran Merdeka);

Jalan Parlimen- Bulatan Dato Onn;

Bulatan Dato Onn-Jalan Raja berhampiran Kelab Diraja Selangor

Lencongan awal sudah pun dibuat sejak Isnin lalu bermula jam 8 malam di Jalan Raja berhadapan Dataran Merdeka bagi memberi laluan kepada kerja-kerja persiapan logistik dan teknikal untuk acara itu.
Manakala, raptai pula diadakan hari ini (Khamis) dan Jumaat bermula jam 6 pagi hingga 12 tengah hari.
Pengguna memberikan kerjasama dan keutamaan kepada peserta perbarisan dan kenderaan petugas dengan mengelak daripada melalui jalan-jalan terbabit, selain memastikan kelancaran sepanjang acara itu berlangsung.

Sumber: Berita Harian, DBKL, bomba.gov.my

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement