Connect with us
Kool FM

Berita

Harapan baharu pencari kerja pasca Covid-19 

Published

on


JOHOR BAHRU: Individu yang kehilangan pekerjaan akibat penularan pandemik Covid-19 khususnya rakyat Malaysia di Singapura masih mempunyai harapan untuk mendapatkan peluang kerja baharu pasca Covid-19. 

Ketua Biro MCA Penyelarasan Hal Ehwal Kerajaan, Michael Tay Chee Boon berkata, pihaknya menyediakan platform kepada mereka yang mahu mendapatkan kerja baharu bagi menampung kehidupan seharian. 

“Sebagai permulaan, tiga syarikat telah tampil dan bersedia untuk menyediakan peluang pekerjaan masing-masing dalam bidang pelancongan domestik, logistik dan penyediaan makanan.

“Ketiga-tiga syarikat ini bakal menawarkan pelbagai pekerjaan yang sekali gus dapat membantu mereka yang dibuang kerja untuk mencari sinar baharu kehidupan,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di pejabatnya di Jalan Maju, di sini hari ini. 

Menurut Michael lagi, pihaknya juga telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk membantu kerajaan dalam mengatasi masalah mereka yang kehilangan kerja.

Pada masa sama, katanya lagi, kira-kira 400,000 rakyat Malaysia yang sebelum ini bekerja di Singapura juga tidak boleh hanya berharap kepada pembukaan semula sempadan tetapi perlu bergerak aktif dalam mencari peluang pekerjaan lain. 

“Mungkin pendapatan yang diterima tidak sama seperti bekerja di Singapura, tetapi sekurang-kurangnya mereka tetap mempunyai punca pendapatan lain khususnya dalam tempoh mencabar ini.

“Antara bidang baharu yang boleh mereka ceburi termasuklah sektor pelancongan, di mana ketika ini ia lebih tertumpu kepada pelancongan domestik. 

“Namun apabila sempadan antarabangsa telah dibuka kembali, mereka berpeluang untuk meneruskan kerjaya ini dalam skala yang lebih besar,” ujarnya. 

Sehubungan itu pihaknya menyeru rakyat negara ini khususnya mereka yang kehilangan kerja untuk terus berusaha dalam mencari pekerjaan bagi menyara diri dan keluarga. 

The post Harapan baharu pencari kerja pasca Covid-19  appeared first on Utusan Malaysia.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement