Connect with us
On Air Di Kool

Berita

‘Hanya tempah kekalahan’

Published

on


JOHOR BAHRU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya menempah kekalahan jika parti itu bertanding dalam
mana-mana kawasan dalam Parlimen Pulai pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Bersatu hanya menumpang tuah pengaruh Pakatan Harapan (PH).

“Kalau Bersatu hendak kerusi ini (Dewan Undangan Negeri Kempas) pun, mereka boleh menempah kekalahan.

“Di Kempas walaupun undi Melayu 55 peratus, belum cukup undi bagi Bersatu menang. Tidak kira lagi kalau ada protes
atau calon bebas, silap-silap calon PH boleh menang dengan letak calon Melayu daripada Amanah dan PKR,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Menurut Nur Jazlan, Bersatu pernah menumpang jentera PH dan mungkin berlaku lagi kepada UMNO pada pilihan raya
umum akan datang.

“Tetapi situasi berbeza dengan Pas, parti itu ada kesefahaman dengan kita (UMNO) menerusi Piagam Muafakat Nasional (MN).

“Pas diakui dan dilihat ada kekuatan serta jentera. Bersatu tiada, ini sebab orang UMNOtidak boleh terima Bersatu,”
katanya. – UTUSAN ONLINE

The post ‘Hanya tempah kekalahan’ appeared first on Utusan Malaysia.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement