Berita
Hanya Satu Harapan Tun Dr Mahathir Sempena Hari Jadi ke 94!
Happy birthday, Tun!
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari jadinya yang ke 94 hari ini (Rabu 10 Julai).
Beliau menerima ucapan daripada pelbagai pihak hari ini, dimulakan dengan barisan kepemimpinan parti Pakatan Harapan menerusi satu video.
Video ucapan tersebut turut dimuatnaik di Facebook PH.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mendoakan semoga Dr Mahathir sihat dan boleh menerajui negara.
“Saya nak ucapkan selamat hari jadi, happy birthday to you sir. Mudah-mudahan masih sihat, masih boleh menerajui negara. Maka saya ambil kesempatan ini mendoakan agar Tun terus berada dalam keadaan sihat, cerdas, cergas dalam memimpin negara.
“Mudah-mudahan segala apa yang rakyat Malaysia harapkan ke hadapan, Malaysia akan menjadi sebuah negara maju, makmur dan sejahtera akan terus dapat dilaksanakan di bawah kepimpinan YAB Tun.”