Home > #CeriteraKool > Hanya Kerana Telefon Bimbit, Kanak-Kanak Maut Dipukul Ibu

Hanya Kerana Telefon Bimbit, Kanak-Kanak Maut Dipukul Ibu

Kata orang kasih ibu membawa ke syurga, namun lain pula yang terjadi di Beijing China.

Seorang kanak-kanak lelaki dilapor maut sejurus dipukul ibunya dengan menggunakan sebatang kayu selama lima jam hanya kerana menghilangkan telefon bimbit milik ibunya.

Menurut laporan tempatan, mangsa yang berusia sembilan tahun itu dikenali sebagai Ming Ming, telah diikat pada kerusi dengan kain pembalut sebelum dipukul dari 6 petang hingga 11 malam.

Mangsa ditemui paramedik dengan kecederaan serius pada seluruh badannya termasuk kepala dan muka sebelum disahkan maut di tempat kejadian.

Sebuah portal online tempatan turut memuat naik rakaman kamera di tempat tinggal dua beranak itu di Huang Qiao di daerah Taizhou.

Rakaman menunjukkan Ming Ming melihat telefon bimbit itu ketika membawanya bersama apabila menaiki lif di rumahnya.

Pada 3 petang, dia dilihat sedang mencari telefon bimbit itu di taman dan sejam kemudian cuba mendapatkan bantuan di pejabat keselamatan.

Menurut pengawal keselamatan bertugas, Ming Ming memberitahunya dia menghilangkan telefon bimbit ketika bermain di kawasan salji.

Telefon bimbit itu tiada kad sim dan agak sukar untuk dicari jika diliputi salji

Ibunnya, Chen yang berang sebaik mengetahui perkara itu kemudian memukulnya bertubi-tubi selain memberitahu hanya memberi anaknya minum sedikit air tetapi tidak memberi makan.

Sementara itu, Yangtze Evening Post melaporkan keadaan wanita itu kurang stabil selepas ditahan polis sambil mengatakan suaminya sering tiada di rumah dan tidak memberi wang.

 

Sumber dari: Harian Metro

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply