Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Hanya Gunakan 3 Bahan, Ikuti Langkah Mudah Bersihkan Kuali

Bersih!

Published

on

Orang kalau tengah rajin, mesti dengan belakang kuali pun nak sental kan? Tapi kalau pakai sabun biasa, memang takkan tanggal la.

Bagaimanapun, menerusi laman Twitter, seorang pengguna telah berkongsi tip untuk mencuci peralatan tersebut supaya ia berkilat macam baharu.

Biar betul? Iya, dengan hanya menggunakan 3 bahan di bawah sahaja ia akan bertukar menjadi lebih bersih dan kilat. Jom cuba:-

1. Sabun mandi (buku) dan dawai besi

Image

Anda bersihkan kuali dan periuk guna sabun mandi (buku) serta sental guna dawai besi. Basuh bersih.

2. Limau nipis dan garam

Image

Anda boleh perahkan beberapa biji limau nipis ikut kesesuaian besar periuk atau kuali. Selepas itu, anda campurkan dengan satu sudu garam dan biarkan selama satu jam. Akhir sekali, sental dan cuci seperti biasa.

3. Tomato

Image

Guna tomato yang tidak terlalu masak sebab kandungan asidnya lebih tinggi. Lenyekkan saja beberapa biji tomato ke dalam periuk/kuali yang hangus tadi. Biarkan selama semalaman sebelum teruskan kerja menyental dan mencuci.

Mudah, bukan? Kuali anda pun bersih & kelihatan seperti baharu.

Semoga bermanfaa! Jangan lupa kongsi tip ni pada yang lain juga ya..

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement