Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Hampir Lumpuh… Kesakitan Mengubah Azharina

Penyanyi Azharina Azhar mengakui, keputusan untuk berhijab tidak dipengaruhi sesiapa, sebaliknya keinginan berubah tercetus selepas diuji sakit yang menyebabkannya hampir lumpuh.

Published

on

“Saya bermula dengan memakai selendang sejak dua minggu lalu dan cuba bertudung penuh selepas keluar hospital akibat Rotavirus, baru-baru ini,”
Penyanyi Azharina Azhar mengakui, keputusan untuk berhijab tidak dipengaruhi sesiapa, sebaliknya keinginan berubah tercetus selepas diuji sakit yang menyebabkannya hampir lumpuh.
Menurutnya, dia masih dalam proses pembelajaran untuk berhijab, bermula dengan mengenakan selendang sejak dua minggu lalu.
“Apa yang saya boleh katakan, pada usia yang semakin meningkat, saya perlu lakukan perubahan dalam hidup.
“Saya tidak pernah menganggap diri sebagai Muslimah yang sempurna apabila mula berubah. Banyak lagi kekurangan dalam diri membuatkan saya takut untuk memaklumkan sudah berhijab penuh.
“Bimbang nanti ada yang mempertikai apabila melihat saya hanya berselendang. Doakan saja yang baik-baik supaya saya istiqamah melakukan perubahan,”

Penyanyi lagu Elegi Sepi itu juga berkata, sakit yang dialaminya sebelum ini umpama teguran daripada Allah supaya dia kembali melihat diri.

Sumber: Berita Harian
 

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement