Connect with us
Kool FM

Berita

Hala Tuju Selepas SPM

Selamat maju jaya adik-adik!

Published

on

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 telah diumumkan pada 5 Mac melibatkan seramai 416,416 calon.

Bersempena dengan itu, penyampai Kool FM iaitu AG, Haiza dan Muaz telah menemu bual Dr Nur Atiqah Tang Abdullah, Pensyarah  Kanan / Felo Penyelidik Institut Kajian Etnik ( KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia berkenaan destinasi pelajar selepas SPM dalam segmen Kool Talk.

Tidak dinafikan, majoriti pelajar lepasan SPM masih tercari-cari hala tuju kerjaya masing-masing selepas SPM kerana sukar untuk membuat keputusan tepat mengenai masa depan sendiri.

Jika ada yang sudah memilih pun, pastinya tertanya-tanya adakah keputusan SPM yang diperoleh memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, bagaimana dengan kos pengajian, apakah kelebihan dan risikonya serta pelbagai persoalan lagi.

Menurut Dr Nur Atiqah, peranaan ibu bapa amat penting dalam mengenal pasti potensi anak serta membantu minat mereka yang bersifat kekal.

Diusia 17 tahun, mereka masih belum konsisten dengan cita-cita yang ingin dicapai, sekejap mahu menjadi doktor, sekejap mahu bergelar usahawan dan sebagainya.

Jadi, sokongan orang sekeliling amat diperlukan untuk menambah pengetahuan mereka tentang kos pengajian yang bakal diambil.

Bagi pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang sudah pasti bakal memilih universiti tempatan atau luar negara sebagai destinasi pengajian.

Menyambung pengajian ke Institit Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) juga menjadi pilihan terbaik buat mereka yang layak dan berkemampuan.

Berbicara soal peluang pekerjaan, Dr Nur Atiqah mengakui bahawa permintaan di masa kini lebih banyak berbanding penawaran.

Bagi lepasan SPM yang mendapat kurang cemerlang, jangan berputus asa kerana mereka boleh menyambung pengajian ke institusi-institusi lain seperti Politeknik Konvensional, Program Teknikal dan Latihan Kemahiran.

Ada kalanya, pelajar lepasan SPM yang menguasai bidang kemahiran lebih berjaya di peringkat pasaran kerana industri bukan sahaja memerlukan pelajar yang cemerlang dalam pencapaian akademik tetapi juga dari segi kemahiran insaniah.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement