Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Gunakan 5 teknik ini untuk elak kena tinggal dengan teman lelaki!

Published

on


RELATIONSHIP boleh menjadi sukar atau mudah. Ianya bergantung pada diri sendiri atau begantung pada pasangan yang korang pilih.

Kebanyakkan orang mengadu di media sosial bertapa sukarnya untuk mengekalkan hubungan yang bahagia dan ada pula segelintir menafikan pandangan tersebut.

Pada sis sebenarnya, susah atau tidak sesuatu hubungan itu bergantung pada diri sendiri. Kalau memilih pasangan yang baik, maka baik lah jadinya bukan? Jadi hari ini sis nak kongsikan dekat korang 5 teknik yang korang kena amalkan supaya relastionship korang tak cepat bosan.

Terokai perkara baru

Sekali sekala korang kena cuba perkara yang baru. Bermacam-macam lagi perkara baru yang korang boleh terokai. Daripada asyik dating pergi shopping mall je kan?  Tak perlu bersusah payah planning pun.

Foto:Unsplash

Mungkin korang boleh tukar cara berdating tu dengan bersenam bersama, hiking bersama, cuba makan tempat yang baru dan bermacam lagi boleh fikir!

#Be yourself!

Ini antara yang paling penting jika korang nak kekal bahagia. Kenalah jadi diri sendiri supaya partner korang nampak diri korang yang sebenar. Kadang kala kita tak sedar sebab sibuk sangat nak try hard sampaikan diri sendiri pun jadi tak happy.

Jangan nak kawal sangat

Tak salah untuk kawal partner korang. Kawal yang sis maksudkan adalah kawal daripada melakukan perkara yang negatif yang boleh membawa kepada kemudaratan.

Foto:Unsplash

Selain pada itu, korang tak perlu nak terlalu kongkong. Korang kena ingat partner korang tu pun ada juga kehidupan dia sendiri selain daripada meluangkan masa untuk hubungan!

Hargai sesama sendiri

Kalau bab menghargai ni korang kena pastikan juga yang korang pun turut sama menunjukkan appreciation. Jangan nak syok sendiri mengharapkan penghargaan dari partner je. Boleh fed up dia nanti!

Foto:Unsplash

Jaga emosi

Yang paling last ni sis nak nasihatkan korang jangan terlalu ikut emosi korang. Sebelum korang nak beremosi tu fikir dulu apa kemungkinan yang akan berlaku. Berbaloi ke nak emo saje sis? Orang lain pun ada perasaan juga kan?

 

Sis harap artikel ini dapat membantu hubungan korang lebih bahagia!

Sumber:Wanista.com

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement