Connect with us
alt_img>

Donna

Guna Cara Ini, Pasangan Pasti Berhenti Merokok

Setiap wanita pasti inginkan pasangan yang tak merokok. Iyalah, kalau pasangan merokok mesti badan berbau! Nak bermanja pun kadang potong mood.

Published

on

Setiap wanita pasti inginkan pasangan yang tak merokok. Iyalah, kalau pasangan merokok mesti badan berbau! Nak bermanja pun kadang potong mood.

Meminta pasangan untuk berhenti merokok bukan perkara yang mudah kerana tabiat merokok sudah menjadi rutin harian mereka. Anda memerlukan kesabaran yang tinggi dan tidak jadikan isu merokok punca pergaduhan atau perpisahan.
Oleh itu, Donna akan kongsikan bersama anda cara yang lembut untuk minta pasangan anda berhenti merokok. Yang penting, anda perlu sabar. Kalau tidak, hentikan saja angan-angan itu!
Menerangkan
Apa yang utama sekali, anda harus mengetahui keburukan dan kelebihan merokok. Jangan risau, tak ada langsung kelebihan menghisap rokok, ahaks!
Tapi, anda perlu mengetahui fakta sebatang rokok. Barulah anda boleh menerangkan kepadanya kesan buruk merokok. Nanti bila pasangan anda membidas point anda, anda sudah tahu apa yang perlu dijawab.

Walau pun mereka kelihatan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Percayalah! 6 daripada 10 point anda pasti dapat memberi kesan pada dirinya.
Lemah-lembut
Lelaki lebih sukakan belaian dan kata-kata yang lemah-lembut. Ketika menegur, pastikan anda bercakap dengan lembut, sopan dan tidak mempunyai kata-kata kesat. Ingat! Elakkan isu merokok menjadi pergaduhan yang serius.

Gunakan cara gurauan atau kongsi dengan mereka kesan merokok terhadap orang sekeliling. Misalnya, minta mereka membaca isu-isu tentang kesihatan kanak-kanak terhadap asap rokok.
Penting sekali, banyakkan bersabar, pasti ada hasil.
Untuk tip lain, layari www.donna.com.my
Penulis: Donna

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement