Connect with us

Berita

Gula-Gula Ghost Smoke Disiasat!

Gula-gula keluarkan asap seakan-akan rokok

Published

on

Kementerian Kesihatan sudah memulakan siasatan dan penguatkuasaan berhubung penjualan gula-gula Ghost Smoke di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan di bawah kementerian itu sedang menyiasat perkara itu secara menyeluruh dan akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Ia adalah sesuatu yang mengejutkan terutama cara ia dipasarkan dalam kalangan pelajar sekolah.

“Perkara ini sudah kita perhatikan dan akan mengambil tindakan segera. Kita tidak akan membenarkannya.”

Baru-baru ini, media melaporkan kebimbangan ibu bapa berhubung penjualan gula-gula Ghost Smoke yang mengeluarkan asap seakan-akan rokok apabila disedut.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Papar, Mohd Fauzi Sahat, berkata beliau mendapati gula-gula itu dijual secara berleluasa di daerah di Papar, Sabah, yang dibeli pelajar sekolah.

Katanya, selain Papar, gula-gula berkenaan juga dikatakan turut dijual secara berleluasa di daerah lain termasuk di Kota Kinabalu dan kebanyakannya dibawa dari luar sekolah oleh murid.

Ditanya sumber gula-gula berkenaan, Dzulkefly berkata, beliau belum mendapat dan laporan dan akan menyiasat mengenainya.

Sumber: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement