Connect with us
Kool FM

Berita

“Good To Be Home!” Pelajar Lega Dapat Balik Malaysia, Walaupun di Kuarantin

Layanan diberi sangat baik!

Published

on

Ketika pandemik Covid19 sedang melanda seluruh dunia ketika ini, kerajaan telah menguatkuasa dan mengetatkan larangan penerbangan keluar dan masuk di bawah Perintah Kawalan Pergerakan, PKP.
Ini sekali gus menyebabkan kesukaran kepada pelajar-pelajar universiti yang terkandas di negara asing, dan tidak dapat pulang ke rumah.
Ada juga yang berjaya pulang atas bantuan kerajaan, namun terpaksa dikuarantin terlebih dahulu.
Ini pengalaman yang dikongsi oleh Presiden Persatuan Pelajar Malaysia di Turki yang dihubungi peyampai Kool FM AG, Haiza dan Muaz.

Gadis jurusan Masters in Accounting and Auditing bernama Nur Izzah berjaya pulang ke Malaysia dari Turki, namun perlu menjalani kuarantin selama 14 hari seperti yang dinasihatkan oleh kerajaan Malaysia.
Menurut Izzah, dia bersama sekumpulan 291 pelajar yang pulang ke Malaysia kini dikuarantin di dua hotel berasingan di ibu kota Kuala Lumpur.
Izzah yang baru sahaja memulakan kuarantin memuji kecekapan Polis Diraja Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara, NADMA, Kementerian Luar Negeri termasuk Wisma Putra dalam menguruskan pelajar pelajar yang pulang ke negara, dan kelancaran proses secara keseluruhannya.
“Tempat sangat selesa, makan pun sedap…”
“Saya difahamkan KKM control kitorang punya diet!”
Press play di bawah, dengarkan perbualan penuh Izzah dengan AG Haiza dan Muaz!


Dalam perkongsian sama, Izzah berkata, beberapa kesukaran terpaksa ditempuhi di Istanbul sewaktu mengetahui ada penerbangan yang bakal membawa mereka pulang ke Malaysia.
Ini disebabkan ruang udara di Turki yang telah ditutup, menyaksikan penerbangan terhad, selain Turki juga diletakkan di bawah “lockdown”.
Disebabkan itu, mereka perlu memanggil pelajar Malaysia yang lain dari negeri lain di Turki untuk datang ke Istanbul menggunakan jalan darat yang boleh mengambil masa perjalanan sehingga 24 jam.
Menurut Izzah, walaupun dia kini tidak akan kembali ke Turki, dia masih berurusan dan menghubungi wakil-wakil pelajar di sana bagi mendapatkan perkembangan terkini.
Semoga semua pelajar yang sudah pulang terus mengikut arahan kerajaan menjalani kuarantin, dan bagi yang tidak berjaya pulang, stay strong, teruskan berhubung dengan ahli keluarga dan rakan rakan di tanah air.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement