Connect with us
Webinar Kool

Berita

Giliran Polis Pula Bercuti

Akhirnya…

Published

on

Anggota petugas barisan hadapan dalam kalangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerja tanpa henti bagi memerangi Covid-19.

Selepas tiga bulan menjalankan tanggungjawab demi negara, akhirnya mereka berpeluang untuk berehat seketika apabila diberi cuti secara bergilir.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, beliau sudah mengeluarkan arahan kepada semua pengarah, pesuruhjaya polis, ketua polis dan ketua polis daerah untuk mempertimbangkan pemberian cuti secara bergilir kepada pegawai juga anggota bawahan.

“Jumlah yang diberi kemudahan bercuti ini adalah mengikut budi bicara asalkan ia tidak merencatkan pelaksanaan tugas hakiki dan tugas khas Covid-19.

“Budi bicara ini juga mesti digunakan dengan mengambil peringatan bahawa perang menentang Covid-19 ini belum berakhir,” katanya.

Difahamkan, jumlah yang bercuti dan bekerja mestilah seimbang.

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement