Connect with us

Hiburan

Genap Setahun Jalin Cinta, Elly Mazlein Akhirnya Dedah Bakal Suami

Siapakah jejaka bertuah itu..

Published

on

“Setakat ini, beberapa persediaan sudah dilakukan dan tarikh untuk majlis perkahwinan pun sudah ada. Tapi, saya akan kongsikan dalam satu majlis sidang media khas apabila semuanya sudah muktamad.”

Begitulah penjelasan yang diberi penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein apabila ditanya perkembangan terkini tentang persediaan perkahwinannya yang dijangka berlangsung pada tahun depan.

Image result for elly mazlein

Menurut Elly, dia akan mengadakan sidang media, untuk memperkenalkan bakal suaminya yang hanya dikenali sebagai Papa Awan Nano.

“Berkemungkinan besar, majlis sidang media ini juga akan diadakan serentak dengan majlis pertunangan saya.”

Menurutnya, dia inginkan hari bersejarah itu dihadiri rakan media yang banyak membantunya sepanjang berada di dalam industri.

Image result for elly mazlein

Elly turut melahirkan rasa syukur kerana rezeki untuknya tidak pernah putus.

“Tawaran kerja pun tak henti-henti. Baik tawaran lakonan, nyanyian dan pengacaraan, semuanya datang serentak dan saya bersyukur kepada Allah atas rezeki yang dikurniakan.”

Menjelang 8 Ogos, genap setahun Elly mengenali Papa Awan Nano dan sepanjang tempoh itu, Elly mula mengenali hati budinya.

Elly sebelum ini berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta dan dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi sebelum bergelar ibu tunggal selama tiga tahun.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement