Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Gara-Gara Tersalah Potong, Rambut Tok Ram Jadi…

Tak apalah Tok Ram, fesyen itu kan subjektif?

Published

on

Ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, kebanyakkan kedai beroperasi dalam tempoh yang singkat dan ada juga yang tutup terus bagi membendung wabak Covid-19.

Maestro muzik kelahiran Geylang, Singapura, Datuk Ramli M. S. atau mesra dengan panggilan Tok Ram akur apabila terpaksa memotong sendiri rambutnya apabila kedai gunting rambut juga tutup.

Malangnya, hasil potongan sendiri itu menyebabkan rambutnya kelihatan sebelah tinggi sebelah rendah gara-gara tersalah potong.

Suami kepada penyanyi, Datin Alyah itu berkongsi insiden lucu berkenaan menerusi laman Instagram miliknya pada 1 April lalu, lantas mendapat perhatian ramai.

“Bila kedai mamak gunting rambut pun tutup.buat sndri la..pastu salah potong..aahhhhhh telungkupkan semua la..hahahahaa..sebelah tingi sebelah rendah..kira art la😢😢😢😢🤣🤣🤣🤣,” tulisnya.

Tak apalah Tok Ram, fesyen itu kan subjektif? Cuba lagi ya selepas ini!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement