Connect with us

Berita

Gangguan Bekalan Elektrik Di Jakarta Kembali Pulih

Insiden hampir 12 jam itu tidak menjejaskan beberapa hospital di Jakarta dan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.

Published

on

Bekalan elektrik di Jakarta dan beberapa bahagian di Pulau Jawa dilaporkan terputus semalam.

Bagaimanapun, ia kini kembali pulih secara berperingkat.

Kira-kira 30 juta penduduk terjejas apabila gangguan bekalan elektrik melanda negara berkenaan, berpunca daripada masalah di beberapa loji tenaga.

Lebih teruk, ia turut mengakibatkan penutupan sementara sistem mass rapid transit (MRT) di Jakarta dan kereta api komuter.

Menurut syarikat bekalan elektrik PT Perusahaan Listrik Negara (PLN), bekalan elektrik di beberapa bahagian di Jakarta kembali pulih pada jam 11 malam (waktu tempatan), iaitu hampir 12 jam selepas ia terputus.

PLN berkata, masalah itu berlaku apabila turbin gas di loji tenaga utama gagal beroperasi hingga menjejaskan loji tenaga yang lain.

Sumber: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement