Connect with us
Kool FM

Berita

Gandakan Pahala Di Bulan Ramadan Dengan Amalan Bersedekah

Bersedekahlah, walaupun nilainya sekecil RM1.

Published

on

Berpuasa di bulan Ramadan tidak hanya diukur menerusi usaha menahan lapar dan dahaga sahaja.

Sebaliknya, salah satu pintu yang dibuka oleh Allah SWT untuk mendapatkan pahala sebesar-besarnya adalah melalui sedekah.

Amalan mulia itu amat digalakkan kerana pahala yang dijanjikan akan dilipatgandakan dan dapat menghapus dosa.

Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Ehsan Bin Mohd Hosni ketika dihubungi penyampai Kool FM iaitu AG, Haiza dan Muaz menerusi segmen Kool Talk berkata, hadis Nabi SAW ada menyebut sekiranya kita bersedekah, tidak akan berkurang harta kita.

Kata beliau, bersedekahlah sehingga kita menjadi kaya dan bukan menunggu menjadi kaya, baru hendak bersedekah.

Rebut peluang di bulan penuh keberkatan ini dengan bersedekah seikhlas hati, walaupun nilainya sekecil RM1.

Dalam pada itu, Ustaz Ehsan juga ada berkongsi cara bagaimana untuk seseorang mendidik hatinya agar ikhlas dalam bersedekah.

1. Jadikan amalan bersedekah sebagai rutin dalam kehidupan

2. Disiplinkan diri

3. Tetapkan sasaran dan mempunyai perancangan dalam beribadah.

Jika diri kita berkemampuan, tidak salah untuk membantu orang sekeliling yang dalam kesusahan kerana Allah SWT juga menuntut hambaNya melakukan kebaikan.

Akan tetapi, perlu diingat kita harus sentiasa berbuat baik terhadap kedua ibu bapa terlebih dahulu, kaum kerabat seperti ahli keluarga dan saudara mara, kemudian barulah membantu orang lain.

Dengarkan perbualan penuh bersama Ustaz Ehsan di bawah:

Menyentuh soal sikap menunjuk-nunjuk di media sosial pula, Ustaz Esan menjelaskan, hadis al-Quran ada menyatakan kebaikan yang dilakukan secara rahsia mahu pun terang-terangan tetap diterima Allah SWT, namun ia bergantung kepada niat seseorang individu.

Misalnya, jika seseorang menunjukkan sesuatu kebaikan lalu menjadi ikutan kepada orang lain maka dia akan mandapat ganjaran pahala.

Secara ringkasnya, orang yang melakukan amalan bersedekah dan orang lain tidak mengetahuinya akan mendapat perlindungan Allah SWT.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement