Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Berita

Gambar Pemain Bola Sepak Tersebar, Polis Buru Dalang

Polis sifatkan perlakuan individu tidak bertanggungjawab menjijikkan!

Published

on

Polis Britain menjalankan siasatan bagaimana gambar yang dilaporkan sebagai mayat pemain bola sepak Argentina, Emiliano Sala, dirakamkan dan disiarkan dalam talian.

Sumber Evening Standard

Sala dalam penerbangan dari bekas kelab diwakilinya, Nantes, di barat Perancis ke Wales, pada 21 Januari lalu untuk menyertai Cardiff City apabila pesawat Piper Malibu satu enjin yang dinaiki hilang di Selat Inggeris.
Bangkai pesawat ditemui pada 3 Februari susulan pencarian yang ditaja badan persendirian dan mayat ditemui tiga hari kemudian.
Jurucakap bagi Polis Dorset berkata,
“Kami sedar gambar dilaporkan sebagai mayat Sala dikongsi di media sosial dan keadaan ini menjijikkan kerana ada yang melakukannya.
“Ini adalah saat paling sukar kepada keluarga Sala dan tidak sepatutnya mengharungi satu lagi kesengsaraan disebabkan tindakan memalukan ini.
“Kami menyiasat perkara ini dan bekerjasama dengan beberapa agensi untuk menentukan bagaimana ia diambil dan siapa bertanggungjawab.”

Sumber: Berita Harian

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement