Semasa & Hiburan
Gambar AG, Haiza & Muaz Ada “Orang” Keempat?
Kejadian berlaku di tempat letak kereta
Semalam, sekeping gambar yang dimuatnaik di Instagram Kool FM menggemparkan orang ramai apabila satu entiti turut kelihatan dalam gambar tersebut.
Kejadian berlaku di tempat parkir kereta basement di Sri Pentas pada jam 5 pagi.
Secara rutin, AG, Haiza dan Muaz yang tiba ke studio untuk bersiaran perlu mengambil sekeping gambar terlebih dahulu secara berkumpulan.
Namun, mereka hanya menyedari sesuatu yang berlainan pada gambar apabila penerbit rancangan, Akmal mahu memuatnaik gambar tersebut di akaun Instagram Kool FM.
Gambar ini menggemparkan pengikut Kool FM dan menjadi tular.
Maka, pagi ini Selasa 9 Julai, PHD membincangkan topik Entiti dan Misteri Anda.
Dua seorang pemanggil Kool FM turut menceritakan pengalaman seram mereka “bertemu” entiti.
Betul kah benda ni wujud?