Connect with us

Berita

Gali Semula Mayat

Tindakan undang-undang akan diambil kerana menggali tanpa izin.

Published

on

Pihak berkuasa di Nairobi, barat Kenya mendapat cemuhan apabila menggali semula mayat seorang lelaki semata-mata untuk mengambil pakaian seragam digunakan ketika pengebumiannya.

Ahad lalu, Martin Shikuku Alukoye, 31, dikebumikan dengan pakaian seragam Perkhidmatan Belia Daerah Kakamega selepas mati lemas.

Isterinya Jacqueline dan anggota keluarga mendakwa pihak berkuasa menggali semula kubur Alukoye sehari kemudian untuk mengambil pakaian seragamnya tanpa izin atau perintah mahkamah.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan pegawai tempatan yang menegaskan pakaian itu ditukar sebelum lelaki berkenaan disemadikan.

“Kejadian ini amat mengejutkan dan menambah kesakitan kami sekeluarga. Anak kami masih kecil, saya merayu mereka tidak mengganggu kami lagi,” kata Jacqueline.

Penolong ketua penduduk Ituti, Daniel Namayi turut mengecam perbuatan pihak berkuasa berkenaan dan pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang.

Mayat Alukoye dipakaikan baju baru dan dikebumikan semula selepas orang tua di kampung itu melakukan pelbagai ritual penyucian untuk keluarganya.

Sumber: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement