Berita
Gaji Penjaga Gol Chelsea Dipotong, Akibat Degil!
Chelsea berharap kemelut yang dicetuskan oleh Kepa Arrizabalaga dapat dihentikan selepas penjaga gol itu membuat permohonan maaf selain didenda potong gaji seminggu sebanyak 190,000 pound, susulan kedegilannya ketika final Piala Liga, pada Ahad lalu.

Kepa mengalami kekejangan pada minit-minit akhir permainan menentang Manchester City, dan pengurus pasukan Maurizio Sarri membuat keputusan untuk menggantikannya dengan Willy Caballero.
Namun, penjaga gol Sepanyol itu enggan berganjak dan menegaskan dia perlu berada di atas padang sekali gus mencetus berang Sarri sebelum Chelsea tewas 3-4 menerusi penentuan penalti.
Kelab itu mengeluarkan kenyataan Kepa dan Sarri dengan menyatakan mereka perlu mendapat peluang untuk bertenang selepas insiden berkenaan mendapat perhatian seluruh dunia.
“Sekali pun ada salah faham, tetapi saya melakukan kesilapan yang besar dengan cara bagaimana saya menghadapi situasi berkenaan. Saya mahu mengambil sedikit masa untuk membuat permohonan maaf secara peribadi dengan jurulatih, kepada Willy, rakan sepasukan dan kelab.”