Connect with us

Berita

Gajah Maut Dirempuh, Tersepit Bawah Kepala Lori

PERHILITAN Terengganu turut hadir untuk memberikan bantuan.

Published

on

Seekor gajah dilaporkan mati selepas dirempuh sebuah lori membawa muatan bijih besi di Kilometer 44 Jalan Kuala Berang ke arah Aring, malam tadi.

Difahamkan, gajah bersaiz sederhana itu maut akibat tersepit di bahagian bawah kepala lori berkenaan.

Menurut pemandu lori, Emyhaizi Ahmad berkata insiden berlaku terlalu pantas apabila sekumpulan gajah tiba-tiba melintas jalan ketika melalui kawsan terbabit.

“Saya masih terkejut dengan kejadian itu kerana haiwan yang dilanggar bukan ternakan biasa seperti lembu atau kambing tetapi seekor gajah liar.

“Proses membawa gajah itu keluar daripada tersepit juga mengalami kesulitan dan mengambil masa,” katanya.

Ketua Polis Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika lori berkenaan dalam perjalanan dari arah Gua Musang menghala ke Pelabuhan Kemaman.

“Akibat jarak terlalu dekat, pemandu dipercayai tidak sempat mengelak kumpulan haiwan liar berkenaan, sekali gus terlanggar seekor gajah. Kejadian menyebabkan gajah itu terperosok di bahagian tayar belakang bawah kepala lori itu dan mati,” ujarnya.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu turut hadir di lokasi kejadian untuk memberikan bantuan.

Sumber: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement