Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Gagal Naik Kapal Tongkang, Pembantu Rumah Betty Rahman Balik Rumah Semula

Padah nak naik kapal tongkang…

Published

on

Baru-baru ini pelakon dan adik kepada aktres Erma Fatima dan Datin Umie Aida, Betty Rahmad meluahkan rasa kecewa apabila menyedari pembantu rumahnya lari untuk pulang menaiki kapal tongkang. Betty menjelaskan bukan tidak bagi pembantu rumahnya pulang cuma dengan keadaan pandemik Covid-19 belum berakhir, Betty merasakan masanya tidak sesuai lagi.

Semalam, Betty telah muat naik satu entri bertajuk Jejak Kasih 2020. Dikhabarkan pembantu rumahnya telah kembali semula ke rumah apabila gagal melarikan diri pada bulan lepas. Niat pembantu rumahnya pulang ke Indonesia melalui ‘jalan belakang’ tidak berjaya.

Misi pulang ke kampung menaiki kapal tongkang nampaknya gagal. Penat aku menangis risau bayangkan dia dalam kapal sayur balik kampung sebelum ni haih.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad)

Selain itu, Betty juga ada menyatakan bahawa perbuatan pembantu rumahnya telah pun dimaafkan dan hanya fikirkan jasa dan kebaikan yang telah dilakukan sepanjang bekerja dengannya.

Betty dan suaminya membenarkan pembantu rumahnya itu pulang ke Indonesia dengan cara yang betul dan meminta didoakan semua urusan dipermudahkan dan dapat pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat. Hari ini pembantu rumahnya akan pulang naik kapal terbang secara sah dengan surat kebenaran daripada majikan.

Rata-rata pengikutnya di Instagram memuji tindakan Betty yang disifatkan sebagai majikan yang cukup baik hati. Untung pembantu rumahnya ada majikan seperti Betty. Kita sama-sama mencari rezeki dan doakan pandemik Covid-19 berakhir.

 

Baca juga artikel menarik lain:

RM64,000 disyaki dilarikan pembantu rumah

Kes pembantu rumah: Pengerusi Changi Airport Group letak jawatan

 

 

 

 

Sumber: Instagram Betty Rahman

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement