Connect with us
Kool FM

Berita

Gagal kirim ketamin guna kurier

Published

on


Dadah tersebut cuba diseludup seorang warga Nigeria menggunakan bungkusan ini.

SHAH ALAM – Cubaan seorang ejen sewa kereta menghantar dadah menggunakan perkhidmatan kurier ke Arab Saudi berjaya dipintas polis dalam kejadian di Subang Jaya baru-baru ini.

Penghantaran dadah jenis ketamin itu disedari oleh petugas ibu pejabat syarikat perkhidmatan kurier yang curiga terhadap bungkusan kotak coklat dikirim suspek warga Nigeria berusia 36 tahun kira-kira pukul 1.30 petang Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Abdul Latiff Mehat berkata, pihaknya yang menerima maklumat tersebut segera menuju ke syarikat penghantaran tersebut di Glenmarie di sini sebelum mendapati bungkusan kotak itu mengandungi 132 gram ketamin dianggarkan bernilai RM19,800.

Kata beliau, kiriman tersebut didapati menggunakan nama wanita yang tidak pernah wujud.

“Siasatan lanjut dilakukan termasuk memeriksa rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di cawangan syarikat kurier di Subang Jaya itu iaitu tempat suspek melakukan pengiriman dadah tersebut.

“Suspek kemudiannya berjaya ditahan pukul 3.15 petang ketika sedang memasuki kedai serbaneka di kawasan berhampiran,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurut beliau menambah polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Honda Civic dan wang tunai RM8,069 disyaki hasil penjualan dadah.

Tambah Abdul Latiff siasatan awal mendapati suspek yang telah berkahwin dengan warga tempatan itu telah berada di negara ini sejak 10 tahun lalu.

“Suspek juga disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah sejak sebulan lalu dan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Tetra Hydrocannibol (THC) dan kini direman selama tujuh hari.

“Lelaki itu kini direman selama tujuh hari bermula 21 Julai lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – K! ONLINE

The post Gagal kirim ketamin guna kurier appeared first on Kosmo Digital.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement