Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Gabungan Gaji Tak Sampai 3K Sebulan, Ini Tip Pasangan Berjaya Join Loan Beli Rumah

Rezeki pasangan ni!

Published

on

Lumrah sebuah perkahwinan, pastinya rata-rata pasangan mengimpikan sebuah istana ataupun rumah milik sendiri bagi didiami oleh seisi keluarga.

Bagaimanapun ketika ini ia dilihat sebagai satu trend ataupun satu pencapaian buat setiap pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga.

Terkini, menerusi sebuah perkongsian di laman Twitter oleh @pastihati menceritakan pengalamannya mengendalikan pelanggan yang menjana pendapatan kurang daripada RM3,000 walaupun gaji mereka sudah digabungkan:-

Menurutnya, dia agak gementar untuk menghantar permohonan pinjaman perumahan berkenaan kepada pihak bank susulan gaji mereka agak kecil.

“Tapi, alhamdulillah. Banker cakap layak gaji mereka dengan loan rumah ni,” tulisnya.

Ini adalah tip-tip mengapa mereka layak memohon pinjaman rumah walaupun mereka menjana pendapatan yang agak rendah:-

1) Tiada hutang

2) Ada ASB loan RM180 sebulan (masuk tahun ke 5). ASB loan dikira pendapatan selepas tahun pertama.

3) Mereka menambah wang tunai sebanyak RM 30,000 untuk duit pendahuluan rumah supaya dapat kurangkan ansuran bulanan.

4) Rumah yang dimohon berharga RM 217,000.

Jelasnya lagi, gaji kecil tidak menghalang untuk sesiapa bagi memiliki rumah yang cantik dan indah.

“Yang penting kena pandai urus kewangan,”

Semoga ia sedikit sebanyak dapat membantu, menjadi contoh dan menyuntik semangat buat pasangan lain!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement