Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Fizz Fairuz Tak Layan Permohonan Maaf, Mahu Bersemuka Dengan Individu Yang Memfitnah Dirinya

Baru-baru ini kecoh apabila pelakon Datuk Fizz Fairuz dikaitkan dengan isu khalwat bersama seorang wanita di sebuah pulau peranginan.

Published

on

Baru-baru ini kecoh apabila pelakon Datuk Fizz Fairuz dikaitkan dengan isu khalwat bersama seorang wanita di sebuah pulau peranginan.

Desas desus itu turut memberi kesan kepada isteri Fizz yang juga seorang pelakon Almy Nadia serta kepada keluarga Fizz.

Bagaimanapun, Almy yakin dakwaan tidak berasas itu bukan suaminya dan hanya fitnah semata-mata.

Ekoran itu, pelakon Filem Munafik itu juga memberi amaran keras akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu yang terbabit.

Untuk pengetahuan, Fizz enggan menerima permohonan maaf yang dibuat individu secara terbuka di media sosial sebaliknya mahu bersemuka atau laporan polis akan dibuat jika pemilik akaun Instagram terbabit gagal berbuat demikian.

“Saya mahu bersemuka dengannya dan tidak menerima permohonan maaf yang dibuat di IG. Bukan itu yang saya mahu, sebaliknya, saya ingin mengenal pasti punca saya difitnah,” katanya.

Setakat ini Fizz sudah mengenal pasti 70 peratus daripada identiti pemilik akaun Instagram terbabit yang mengaitkan dirinya dengan individu bergelar Datuk Seri.

Fizz juga sedia berjumpa dengan individu terbabit secara tertutup kerana yakin individu itu juga tidak mahu identiti dirinya diketahui umum.

Diharapkan isu ini dapat diselesaikan segera dan individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah itu mendapat hukuman yang sewajarnya.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement