Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Filem-Filem Superhero Paling Dinantikan 2021

Published

on


Kalau nak cerita filem paling dinantikan tahun 2020 tak boleh juga sebab banyak filem yang ditunda tayangannya disebabkan wabak pandemik COVID-19. Jadi kita looking forward untuk filem-filem Superhero yang gempak tahun 2021 pula. Memang tak dapat dinafikan kita sekarang sedang dalam era dimana filem-filem Superhero semakin diminati ramai. Tak kira lah daripada franchise Marvel atau DC, masing-masing sedang berlumba-lumba untuk mengadaptasikan watak-watak Superhero mereka ke layar perak. Walaupun filem Superhero seperti Avengers sudah melabuhkan tirai mereka dengan filem Avengers: Endgame, nampaknya Marvel Cinematic Universe (MCU) tidak berhenti di situ sahaja dan akan sambung ke fasa seterusnya. Jadi ini antara senarai filem-filem Superhero yang paling dinantikan untuk tahun 2021.

THE ETERNAL

Setelah tamatnya fasa ketiga dalam MCU, fasa keempat akan disambung dengan perkenalan watak-watak adiwira baru yang akan bersama-sama menjaga ruang cakrawala dan juga Bumi. Selain adiwira Guirdians of the Galaxy yang diperkenalkan MCU paa tahun 2014, kini mereka akan memperkenalkan lagi sekumpulan wira di angkasa yang dikenali sebagai The Eternals. Kumpulan adiwira yang baru ini sebenarnya telah lama hidup di Bumi selama ribuan tahun. Tapi lepas berlakunya tragedi ‘Endgame’ maka mereka terpaksa keluar dari tempat persembunyian untuk menentang musuh kuno yang dikenali sebagai The Deviants.

The Eternals, dijangka akan berada di pawagam pada 12 Februari 2021. Dibintangi oleh Angelina Jolie, Gemma Chan, Brian Tyree Henry, Salma Hayek, Hit Harington, Kumail Nanjiani, dan banyak lagi. The Eternals akan menceritakan tentang makhluk-makhluk abadi yang perlu melindungi Bumi daripada ancaman kejahatan.

MORBIUS

Walaupun kita nampak watak Spider-Man untuk beberapa tahun ini berada bersama kumpulan Avengers di MCU, hak untuk supporting character dalam cerita-cerita Spider-Man dan juga Spider-Man tu sendiri tetap berada di Sony Pictures yang sedang berusaha untuk menghasilkan ‘universe’ mereka sendiri. Selepas filem Venom mencatatkan kejayaan pada tahun 2018, Sony Pictures akan cuba untuk mengulangi kejayaan tersebut dengan penghasilan filem berikutnya iaitu Morbius. Jared Leto dilihat diberi peluang sekali lagi (selepas kegagalan watak Joker) untuk memegang watak Michael Morbius.

Morbius ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang cuba untuk mencari penawar kepada penyakit berkaitan darah yang mampu membunuhnya. Tanpa sengaja dia telah mengubah sel-sel biologinya dan mengubah dirinya menjadi seperti vampire yang mempunyai kemampuan luar biasa. Filem ini sepatutnya ditayangkan pada tahun 2020, tapi sebab COVID-19 ianya ditunda pada 19 Mac 2021.

SHANG-CHI AND THE LEGEND OF THE TEN RINGS

Dah lama rasanya MCU rancang untuk adakan filem yang dibintangi oleh adiwira Asia pertama. Filem ini dikatakan akan ditayangkan pada 7 Mei 2021. Ia merupakan kisah epik superhero yang mempunyai kelebihan kung fu. Dilakonkan oleh pelakon China-Kanada, Simu Liu yang akan memegang watak utama. Kalau ingat lagi dalam filem Iron Man 3, ada satu watak bernama Mandarin. Cuma dalam Iron Man 3, Mandarin merupakan seseorang yang menyamar menjadi Mandarin dan penjahat yang mendalangi kejahatan waktu itu hanya menggunakan nama Mandarin. Sebenarnya penjahat bernama Mandarin tu wujud dan akan diperkenalkan di dalam filem Shang-Chi ini, yang akan dilakonkan oleh pelakon lagenda China, Tony Leung.

VENOM: LET THERE BE CARNAGE

Ni mungkin antara sequel yang dinantikan. Walaupun secara asas ianya bukan filem superhero, tapi ia merupakan filem antihero yang digemari oleh peminat-peminat komik adiwira. Dalam filem Venom 2018, Sony Pictures ada bagi hint dalam post-credit tentang sequel Venom ni. Kita akan menyaksikan supervillain yang digelar Carnage dalam filem seterusnya ini. Filem Venom kedua akan lebih tertumpu kepada seorang pesakit mental dikenali sebagai Cletus Kasady yang menjadi Carnage. Tom Hardy akan kembali sebagai Eddie Brock. Filem ini juga sepatutnya ditayangkan pada tahun 2020, tetapi akan ditunda ke 25 Jun 2021.

THE BATMAN

Batman merupakan antara adiwira yang mempunyai sejarah yang panjang di layar perak. Kejayaan watak Batman dapat dilihat pada siri filem The Dark Knight Trilogy. Watak Batman selepas itu yang disambung oleh Ben Affleck sepatutnya mampu mengangkat nama adiwira ikonik itu lebih jauh, tetapi malangnya ia tidak menjadi. Mungkin disebabkan kesilapan pada filem ‘Superman vs Batman’ dan juga ‘Justice League.’ Selepas itu Ben Affleck pun mengundurkan diri daripada memegang watak Batman.

Tetapi usaha untuk mengangkat kembali adiwira bandar Gotham itu kembali dengan fokus kepada versi watak Batman yang lebih muda. Kini, The Batman akan dilakonkan oleh Robert Pattison, dan Colin Farrell sebagai Penguin. Jeffrey Wright, John Turturro, Andy Serkis, dan Peter Sargaard turut membintangi filem ini yang dijadualkan ke pawagam pada 1 Oktober 2021.

Sebelum filem ini keluar ke panggung wayang, korang boleh baca 6 Perkara Wajib Tahu – Filem Terbaharu The Batman!.

SPIDER-MAN 3 (BELUM ADA JUDUL RASMI)

Filem sequel Spider-Man ni hampir tak jadi disebabkan Disney dan juga Sony Pictures yang gagal mencapai kata sepakat terhadap perjanjian meminjamkan watak ini. Tapi akhirnya perselisihan antara studio ini dapat diselesaikan pada akhir September 2019. Sony dan juga Disney bersetuju untuk menggunakan watak Spider-Man dalam satu lagi filem solo dan satu filem bersama MCU pada masa akan datang. Okay lah at least kita boleh tengok sambungan kepada Spider-Man: Far From Home. Filem solo ketiga Spider-Man ini dijadualkan pada 5 November 2021.

THE SUICIDE SQUAD

Filem pertama Suicide Squad betul-betul memberi tamparan buat DC Extended Universe (DCEU) kerana menerima kritikan yang agak teruk. Penampilan watak antihero yang diperkenalkan pada tahun 2016 ini akan diteruskan dalam sequel berikutnya. Pengarah James Gunn akan memberi tumpuan kepada barisan pasukan yang baru dan juga ahli Suicide Squad yang lama. Dikatakan filem ini akan berbeza daripada filem sebelumnya. Antara watak yang akan kembali dalam Suicide Squad adalah Jai Courtney sebagai Boomerang, Viola Davis sebagai Amanda Waller, Joel Kinnaman sebagai Rick Flag, dan juga Margot Robbie sebagai Harley Quinn. Dijangkakan filem ini akan ditayangkan pada 6 Ogos 2021.

BLACK ADAM

Filem Shazam! tahun 2019 merupakan antara filem DCEU yang berjaya. Nampaknya DCEU dah nampak formula yang berkesan untuk memuaskan hati penonton. Kali ini mereka akan mengeluarkan filem antihero dalam filem Shazam!, iaitu Black Adam. Dwayne “The Rock” Johnson akan memegang watak sebagai Black Adam, yang merupakan watak jahat pertama dalam Shazam!. Sepatutnya Black Adam ini menjadi villain dalam filem Shazam!, tapi disebabkan komitmen Dwayne Johnson, mereka tak dapat nak teruskan dengan perancangan asal. Diarahkan oleh Jaume Collet-Serra, Black Adam akan ditayangkan pada 22 Disember 2021.

KATALAKI: Macam tak sabar pulak nak lompat ke tahun 2021. Boleh layan semua filem superhero dekat wayang!

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement